Biografi Ringkas Praskovya Panteleyeva

Dilahirkan di sebuah keluarga petani. Pada tahun 1943, selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, beliau dipanggil ke dalam tentera dan dihantar ke Astrakhan untuk dilatih sebagai operator kompleks pengesan kapal terbang. Kemudian dihantar ke Barisan Ukraine di Odessa kepada batalion 138, rejimen meriam anti-pesawat 679 di mana beliau berkhidmat sehingga pemberhentian dari perkhidmatan tentera pada 23 Jun 1945. Beliau mengambil bahagian dalam pertempuran merebut Berlin.

Sepulangnya ke kampung halaman, beliau bekerja sebagai akauntan di ladang kolektif, sejak tahun 1947 – sebagai pendidik pengakap di sekolah tinggi. Pada tahun 1950, beliau lulus dari Maktab Perguruan bernama V. Kuibyshev di Orenburg dengan menerima kualifikasi "guru sekolah rendah." Selama tiga tahun beliau bekerja sebagai ketua jabatan persekolahan Jawatankuasa belia Komsomol untuk daerah Sakmara. Pada tahun 1953, beliau kembali bekerja di sekolah rendah sebagai guru dan bekerja di situ selama 33 tahun. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai juruhebah di stesen radio tempatan, mengambil bahagian dalam kegiatan budaya amatur, termasuk konsert keliling di ladang-ladang kolektif [1].

Selepas persaraan, beliau melibatkan diri secara cergas dalam aktiviti sosial dan mengambil bahagian dalam kerja pendidikan patriotik dengan belia, menyanyi di koir "Veteran" daerah Sakmara[2]

Beberapa anugerah yang diterima oleh Praskovya Panteleeva. Muzium sekolah tinggi Sakmara